Aku ingat lagi dulu-dulu.. 2009 & 2010, betapa aku stress tinggal di estate. Betapa aku sunyi. Betapa aku menangis. HAHA. Masa itu, tiada kegembiraan dalam hidupku melainkan bila husband aku balik rumah. Aiyo! Bila dengar seja bunyi motor dia mau sampai, terus aku happy. Yeaaa!! Itu jak benda yang buat aku happy. Tiap hari, kerja aku menunggu dia balik jak.. Bila sudah pukul 5.30 petang, hati sudah mula resah.. Mula tercari-cari.. Adoi. Mana abang tidak pandai balik ni.. Dapat mesej.
“Abang lewat sikit.. Bos mintak siapkan bla..bla..”
Teruslah rasa kecewa. Kalau dia balik lebih lewat, pukul 9 malam, 10 malam, 12 malam, 2 pagi… Lagi la sedih. Isk isk. Rasa masa berlalu lambat betul. Murung jak di rumah. Takut lagi tinggal sendiri. Aku memang serius takut dengan alam-alam mistik nih... oh, kenapa aku pecahkan rahsia aku..HAHA. Again and again. Nangis! Sedihnya hidup begitu. Selalu aku ngadu sama husband aku yang aku sedih hidup begini. Rasa susah, sunyi teramat sangat. And, dia pun rasa sedih betul untuk aku. Banyak kali jugak, dia mau hantar aku balik Sabah, sebab kesian tengok aku begitu. Tapi, kamu tau la.. Romi & Juli susah mau berpisah ba. HAHA. Susah senang mau hidup bersama. Haha.
Hidup aku masa tu sangat bergantung sama husband aku. Segala-galanya pun dia. Apa aku mau, kastau dia, nanti dia dapatkan untuk aku. Mau pegi mana-mana mesti dia hantar. Bila dia busy, dia penat, dia tidak boleh buat, mula la aku kecewa lagi. Kalau ingat balik, rasanya pemikiran aku masa tu masih belum matang. Childish to be exact. Huhu. Perut besar bawak baby, tapi perangai masih macam budak-budak. Hoho. Masa tu aku rasakan masa berlalu lambat betul. Bila sendiri di rumah, jadi sangat bosan dan bingung tidak tau mau buat apa. Confident level down gila-gila-la-wa-cakap-lu..hehe.
Tapi, betul la orang bilang. Masa mendewasakan kita.
2009 tahun adalah tahun murung dan sangat bergantung. 2010 pulak tahun belajar.
Hari demi hari, aku belajar menerima hakikat hidup. Menerima perjalanan hidup dengan lebih baik. Belajar untuk memperbaiki hidup. Belajar menerima segalanya tidak semestinya sama yang kita rancangkan. Belajar jadi orang yang lebih bersyukur. Belajar menerima tiap orang ada rezekinya masing-masing. Belajar menjadi hamba yang lebih baik. Belajar menjadi orang yang lebih berdikari.
Kehidupan di tahun 2010, agak selesa sedikit.. Aku mula mengubahkan diri sedikit demi sedikit. Cari hobi baru. Cari kegembiraan lain. Dulu, sejujurnya..kegembiraanku cuma satu. Bila husband aku ada masa untuk aku. Oh, malunya bilang begini..Hohohooo.. Tapi, makin hari aku makin sedar..cinta manusia tu tidak sempurna. Di sana sini cacat celanya. Masanya yang kurang, sibuknya yang berpanjangan, penat yang selalu datang. Tapi, cinta Allah itu tidak pernah ada pasang surutnya kan? Hari-hari aku berdoa, supaya ditunjukkan aku jalan yang lebih membahagiakan aku. Jalan yang lurus, jalan yang terang, jalan yang membahagiakan semua orang especially my family. Hehe..aku memang sebok doa pasal jalan, sebab aku rasa aku sesat di mana-mana ntah. Haha.
A year after, mid year of 2011.
Alhamdulillah. Allah makbulkan doaku dengan memberikan aku hati yang lapang dan jalan yang lebih membahagiakan aku. Dulu sentiasa dibelenggu rasa bersalah sebab tidak kerja, sekarang hati sudah lapang. Dulu selalu rasa murung sunyi bingung tidak tau mau buat apa, sekarang rasa masa cepat betul pulak berlalu. Dulu sentiasa rasa risau orang mengata aku ni goyang kaki duduk rumah macam orang tiada pelajaran, sekarang im feel confident dengan apa yang aku buat. Orang mungkin rasa apa yang aku buat ini salah. Tapi, ada tidak kisah pun. Apa yang aku rasa ni aku yakin adalah petunjuk dariNya. Sekarang aku suka menghiburkan diri dengan banyak perkara. Suka memandang dengan positif.
Hari tu aku memasak sambil pasang youtube di gtab. And make me feel energetic. Wah! Rasa bersemangat. Sambil nyanyi-nyanyi, sambil masak. Sambil lambai-lambai sama Izz & Alya yang tengah main di depan TV. Aku rasa aku betul-betul menikmati hidupku. Berbeza betul dengan perasaan dulu-dulu tu :
“adeh, mau masak lagi..bosan..bla..bla..”
“Suma kawan aku pegi ofis, why I am stuck here in the kitchen?”-Wahahaha…ganas bunyinya. Haha.
Sekarang, No..No…No… Tidak mau lagi rasa begitu. Cukupla dulu aku rasa begitu. Harap 2011 yang akan berlalu ni bawa perasaan tu jauh-jauh.
Baru-baru ni aku ada try beli shower foam brand May Aromatherapy. Sabun murah seja pun . Bila pakai masa mandi, bau wangi dia tu memang menenangkan aku. Rasa relax, nyaman..Hmmm. Rasa macam syok la! Then,sekali lagi aku rasa aku menikmati hidupku. (eceh..balik-balik itu kan..) Macam ada perasaan :
“kenapa mau murung, sedih..sedangkan dunia dan kehidupan kita ni ada 1000 sebab untuk kita gembira” – *pehhh..hebat kan penangan sabun tu.ekeke
Benda ini perkara kecil seja pun, tapi, kalau kita menjadi orang yang cuba untuk bahagia, maka bahagiala kita. InsyaAllah. Selepas ini, aku mau cari lagi sabun-sabun aromaterapi macam ni. Letak banyak-banyak dalam bathroom. Sudah seharian kita penat bekerja kan, masa mandi mesti mau rasa enjoy dan boleh mendapat ketenangan.hehe.
Bagi aku, kita mesti menggembirakan diri sendiri. Dengan kita gembira, orang lain pun akan rasa begitu. Kalau kita pandang sesuatu dengan positif, maka positif jugak akan datang. This is law of attraction maaa.. :) Aku harap, aku boleh jadi orang yang sentiasa happy. Setakat ni, aku happy for many reasons sudah. Sebab pokok aku tumbuh dengan subur, sebab aku boleh jahit baju alya, cadar..bla bla bla, sebab aku boleh masak untuk famili and they love it, ah. banyak benda la. Kamu pulak camana? Aku harap kamu-kamu pun begitu. Kalau A buat kita sedih, banyak lagi B,C D etc yang boleh buat kita happy. But, for sure la..benda ini susah mau maintain kan? But, no worries. At least, sudah ada pemikiran begini, it is enough for now. Lama-lama nanti makin pandai la kita manage bab ni. :)
Ok for now… Bye everyone!
0 comments:
Post a Comment