Tuesday, December 6, 2011

Pada 4 tahun lalu…

Sudah 3 tahun kami berkahwin. Tidak sedar masa tinggalkan kita terlalu pantas kan? Dengan tiga tahun berkahwin ni, dapatla kami 2 orang anak. Satu lelaki, satu perempuan. Wah!!! Tuhan seja yang tahu kegembiraanku dapat anak sepasang yang sihat. Aku memang sangat teringin anak sepasang, SANGAT!! dan, dimakbulkan olehNya.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Apa yang kami ada hari ni, semuanya bermula dengan apa yang terjadi lebih kurang 4 tahun dulu..

Masa tahun 2007, aku tahun 3 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masa tu jugak, aku ada kawan nama Pido. Pido kenalkan aku dengan abangnya(now is my husband, kami panggil dia abg ming) dengan niat mau satukan abangnya dengan kakak ku. HAHAHAHAHAAAA….. Lucu pulak ingat part ni. HAHA. First time aku jumpa abang ming.. Ceh! Berlagak! Serius jak. Senyum pun tidak. Pastu, dia boleh tanya aku kenapa aku tidak masuk IPTA, kenapa masuk kolej. Dia ingatkan Kuittho(nama lama UTHM) tu kolej swasta. Cett..hehe.

Maka, bermula la sesi kenal mengenal antara aku- abg ming – kakak aku. Sudah kenal-kenal, maka aku dengan abg ming ter-rapat sebab bakal adik ipar kan. HAHA. Jadi, aku ni sebagai penasihat untuk satukan dorang dua la ni. Cehh..segala SMS abg ming utk kak aku, aku tapis dulu..supaya aku boleh tambah mana terkurang. Dengan niat mau tawan hati si kakak la ni. Aku ingat lagi, aku pernah marah sama abang ming, sebab dia pakai tracksuit untuk jumpa kakak aku. Aku marah dia sebab pakai selekeh-selekeh. Haha. Hasil dari perkenalan dorang ni, tidak menjadi apa-apa. Abang Ming makin hari makin malas mau contact kakak aku and my sis pun begitu. Beberapa kali kakak aku marah aku sebab dia tidak suka aku kasi kenal-kenal dorang ni. Aku dengan abang ming pulak makin rapat. Banyak kali keluar berdua dengan alasan..

“heyy…kami bakal jadi adik-abang ipar okehhh”

Kawan-kawan and family sudah mula ejek-ejek kami. Dorang rasa macam kami pulak yang bakal bersatu. Bila orang cakap begitu, aku melatah dengan menjawab.

“MENGARUTTTT!!!” – all im doing for the sake of my sister okeh.

Tapi, sudah melakukan plan A, Plan B, Plan C untuk satukan dorang ni.. Tapi, tidak boleh jugak menjadi satu. Alasannya, tidak ada hati la, susah la, susah mau kenal la, rasa tidak serasi la, tidak ngam la..macam-macam la alasannya. Tapi aku teruskan juga suruh dorang bersatu, sebab aku suka betul dengan abang ming. Dia baik and sporting (masa tu la…HAHA). Aku suka kalau dia jadi a part of famili ku.

Semakin lama, semakin rajin abang ming lawat aku d U ku. Masa tu pulak dia tengah kerja di Jasin, Melaka. Jasin-B.Pahat adalah sejam setengah. Awal-awal masa dia selalu visit aku, logik jugala alasannya.. Lama kelamaan, alasannya macam ndak berasas.

“Abang mau datang batu pahat sebab mungkin Lia teringin mau beli pinggan mangkuk untuk keluarga di kampung. Jadi abang boleh temankan.” – Erk!! Lucu betul alasan ni.

Makin selalu dia datang, makin aku heran. Kata-katanya pun mula sudah lain-lain. HAHA.

“Sekarang abang nda stress sudah kerja, sebab Lia ada sini sama abang..” – Erkkk!!! Aku ingat lagi respon aku masa ni, terus otomatik muka aku berkerut dan terkejut.

Kalau dia mesej then aku lambat sikit balas, keja lagi masukla top up RM30 ke henfon aku.

Dia selalu cakap bagusnya perempuan kawin awal sambil memberi hujah-hujahnya la. Sampai suatu masa, dia bilang sama aku. Hasrat dulu mau pikat kakak aku sudah berakhir. Hmm? Masa tu aku faham jugala sebab kakak ku pun bekeras ni nda mau. Ok, I accept that.

But, Mama aku selalu bilang. “Heranla kenapa c ipa(my sis) nda mau terima Mus(Abg Ming), sedangkan hatiku ni kuat yang Mus tu nanti akan jadi menantu ku”. Balik-balik Mamaku bilang begini, aku cuma cakap..”Doakan ja la Mak”..

Masa pun berlalu, Abg Ming dengan aku makin rapat. Aku memang senang sama dia. Masa ni dia baik  betul macam malaikat. HAHA. Pernah sekali aku call dia ngadu ada orang gila tunjuk “bird” dia dengan aku. Fuhh.. Tidak sampai sejam dari call tu, dia sudah ada depan rumah. Pernah jugak dia datang ke bp untuk makan malam sama aku. Tiba-tiba datang untuk makan malam then balik. Jauh betul makan malam dia. Cara-cara dia becakap jugak makin banyak peningkatan,

Me : Masa di sekolah dulu, aku pernah masuk kursus kepimpinan..bla..bla..

Him : Oh, kalau macam tu..besok-besok Lia bolehlah pimpin anak kita bagus-bagus. Abang kerja jak. – Double triple errrkkkk!!!!!!!!!

Dan banyak lagi la geng-geng ayat begini yang dia cakap.

 

2007 pun berlalu. Welcome 2008.

Suatu malam di bandar batu pahat, bertempat sama macam gambar di bawah. Dia ni taman di bandar tu. Ntah, aku lupa da nama dia. Tapi tempat ni tempat tumpuan ramai orang la. Ramai orang di situ, lepak-lepak dan etc. Kedai makan pun ada.

26112008185From google.

Aku tanya sama abang ming. Kenapa layan aku begini? Layan aku macam ada hati sama aku. (cewah!) Dia pun mengaku bla..bla..bla.. Aku malas la mau cerita sangat kan, nanti husband aku cekik aku sampai pengsan sebab dia malu aku dedahkan kata-kata jiwang karatnya di sini. HAHAHA.

Selepas kenyataan tertutupnya tu, aku tiadala pulak respon apa-apa. Tiada jugak, “okeh, now we are girlfriend & boyfriend”. Jujurnya, masa tu aku tiada perasaan c***a lagi.( perkataan terpaksa di-star-kan, sebab malu pulak rasanya guna perkataan tu.HAHA) Cuma rasa senang yang amat sama dia. (Eh, adakah ini cinta? – Boboi, Maharaja Lawak Mega.Hohoho)

Sejak itu, dia sudah mula ajak aku berkahwin. Berkali-kali. Bila dia cakap pasal tu, aku tidak jugak respon apa-apa. Sometime aku melatah cakap..”Jangann baaa!!!”. Sometime aku ketawa. Sometime diam dengan mata terkebil-kebil.Ekeke….

April 2008, dia bilang sama aku, dia mau balik kampung bagitau familynya suruh melamar aku. Yang paling aku ingat, aku nangis dengan sepenuh hati ngadu sama Mak aku, yang abang ming ajak aku kawin. Ntah apa yang aku sedihkan sangat. Takut kali ya.hehe. Dia bilang, dia mau hantar jugak rombongan meminang, ndak kisah apa pun jawapan from family aku.

Aku tidak tau mau terima ka, tolak ka, postponed ka. Aku rasa aku terlalu muda untuk buat keputusan. Aku takut pilih jalan yang salah.

Aku pun solat hajat & istikharah. Selepas buat beberapa kali, Alhamdulillah.. Allah melapangkan dan membuka hatiku untuk menerima dia. Then, aku serahkan pada famili aku, dorang mau terima ka, tolak ka or apa ka..aku berniat untuk ikut seja. Sebab bagi aku, aku baru 22, banyak benda aku nda tau. Tidak layak untuk membuat keputusan. Masa itu, kalau ditanya sama aku apa perasaanku sama dia. Aku jawab,

“SAYANG BETULLLLL!!!!!!” wewiittt…

Maka, kami pun bertunang pada 6 Julai 2008, dan berkahwin pada 6 Disember 2008. Kawin masa tu belajar tuu…hhuhu. Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan. huh.

DSC01342

Dan, hari ini adalah hari ulang tahun kami yang ke-3. Yeayeaaaa!!!!

Syukur pada Allah, terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan atas sokongan. Smile

“Allah itu Maha Berkuasa, jika dia ingin menterbalikkan hatimu, ia boleh berlaku dalam sesaat. Allahuakbar.”

 

*tengok ba pic kami, pic lama..punyala susah mau begambar bedua sejak ber-anak ni.fuh.*

3 comments:

  1. hahaahaha... aku mo gelak... teringat lg..part ko yg confius2.. 3 tahun dh kn ko kawen?? mcm kejap jek.. ad lg!! ingat aku...yg abg ming pnah gak tido kt luar uma dlm keter.... :D

    ReplyDelete
  2. mengurat punya pasal daia..habis tgn kaki kena gigit nyamuk.. HAHA

    ReplyDelete
  3. selamat annivesary la klu mcm gtu, ku ucapkan ^-*..lucu ya ayat "“SAYANG BETULLLLL!!!!!!” wewiittt"

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design