Sejak akhir akhir ni aku banyak memikirkan soal rumah. Mau membina rumah dengan sebaiknya. Mau buat homeschool untuk Alya. Mau kasi lengkap segala peralatannya, kerusi meja dan alat belajarnya. Aku jugak cadang mau buat ‘office’ aku. Aku panggil itu office, tidak tau apa lagi yang sesuai untuk itu. hehe. Aku pikir macam-macam pasal mau buat office aku pelan-pelan. Office aku pastinya ada sewing machine, laptop, kamera, diari, boooks and apa seja yang aku suka di dalam sana. Office ini penting untuk aku. Penting untuk membina diri aku untuk lebih maju. Cewah. Wahaha.
Dan, paling aku pikir jugak..Mau upgrade aku punya dapur. Isi dapur aku sekarang masih di tahap ‘ala kadar’ seja. Pinggan mangkuk periuk kuali yang ada sesuai untuk tuan rumah seja, untuk tetamu macam susah sikit mau sedia. Boleh juga, tapi kalau ada 6 tetamu, 5 tetamu pakai pinggan kaler putih sama then tetamu yang satu lagi pakai pinggan plastik kaler pink.wahahaha.
Since this year, aku sudah makin rasa selesa and happy dengan apa yang aku ada.. Aku senang hati mau jemput-jemput orang datang ke rumah kasi makan-makan. Maka, I need to upgrade my kithcen. Weee… Benda ni aku sedar masa ramadhan hari tu, bila kami mau jemput orang datang rumah untuk buka puasa bersama, rupa-rupanya pnggan mangkuk tidak cukupla. Aduhainya pun!
Mangkuk aku yang sedang besarnya cuma ada 3?Hahaha.
Bila sudah belek sana sini pasal pinggan mangkuk n barang dapur segala. Tiba-tiba, terjumpa pasal langkawi. Check-check punyala banyaaaakkkkkkkkkkkk dan muuuurraaaaaaaaaahhhhhhhhhhh barang di langkawi. Aduhaiiiiiiii. Kenapa ini boleh terjadi. Maka, nafsu sudah setinggi piring astro rumahku. Rasa macam mau pegi langkawi ini malam jugak. haha.
Bila kira-kira bajet, mahal jugak mau ke sana..Ribu jugak. Lepas buat research pasal langkawi, tiba-tiba rasa penat. Masuk bilik berehat. Dan, malaikat baik hati telah menenangkan hatiku.
“Ah, nda payah tergesa-gesa mau pegi sana. Anak pun masih kecil, susah mau shopping, upgrade sikit-sikit barang dapur buat sementara ni”
Aku sedar, akhir-akhir ni aku banyak pikir pasal mau upgrade rumah. Sampai kadang-kadang perasaan ni menyesakkan aku. Padahal, sebelum ini hatiku aman sentosa seja pun walaupun segala barangku ala kadar. Bila sudah dapat yang ini, mau yang itu pulak. Sudah dapat, mau lagi yang lain. Perkara itu tiada habisnya. Betul la kan orang pandai bilang,
“Semakin kamu mengejar dunia itu, maka dunia akan lari meninggalkan kamu..Tapi, sekiranya kamu mengejar akhirat, bukan sahaja kamu semakin dekat padanya, tetapi dunia juga akan mengejarmu..”
Jadi, bersederhanala kita kan..kan..kan.. dalam menginginkan sesuatu.
Ok.bye!
kak mas, bile tgk kak mas post pasal ni, sy teringat rumah family sy mase kt sabah dlu (kalo x silap tyme tu sy f1)... segala kelengkapan rumah utk isi rumah, utk tetamu2 kalo dtg semua cukup, set pinggan mangkuk ad sampai 3-4 set... kuali semua bagai lah... then, tanpa disangka-sangka rumah kami terbakar punca litar pintas...
ReplyDeletelepas tu nenek dtg melawat kami yg macam tinggal sehelai sepinggan suda ( lepas seminggu la) nenek bilang;
"itu la ibu kamu tu dalan rumah kalau boleh semua nak ade sampai berset-set pinggan mangkuk, kuali, semua2 tu... kita ni hidup kena la-kadar je.. cukup utk diri kita pun dah ok.. xperlu la sampai nk pinggan mangkuk pun kadang2 jadi hiasan jak dirumah... itu pun dah jatuh berdosa sbb membazir"
lepas tu sampai sekarang rumah kami hanya ade brg2 yg basic jak... cukup sekadar 1 set jak... ibu suda trauma mo beli barang banyak2... heee~
*just wanna share sbb kak mas mcm ibu sy, suke jamu2 org dtg makan dirumah... hehehe... =)
hehehee...thanx for sharing ya :D tu la kan, beli yang sekadar perlu.hehe. oh, kena ingatkan diri selalu begini.hehe
ReplyDelete