Tadi malam kami purchased ombak rindu di Astro First. Memang aku tunggu-tunggu movie tu masuk Astro First, sebab itu seja peluang kami mau tengok Ombak Rindu. DVD? Ndak mau kunun beli cetak rompak, rasa bersalah.Hoho. *tapi, perasaan ini pandai ada pandai hilang.haha* Plus, kalau di Astro First boleh tengok yang HD, dengan harapan kualiti begitu bagus boleh lebih menusuk kalbu movie yang ditonton.HEHE.
Satu orang berjaya ditidurkan, tinggal satu lagi. Tapi, after 10min movie start, dia tidur sudah. Yeyeaa.. Aman!Haha.
Baru jak mood aku tengah naik tengok intro movie ni dengan lagunya yang mendayu-dayu, dengan pemandangan tepi pantai angin bertiup, dengan Izah(maya karin) tengah berjalan-jalan di tepi laut, kemudian dia baring pulak atas batu, muzik mendayu-dayu masih lagi bermain..Tiba-tiba ada suara tidak puas hati datang dari sebelahku :
“Kenapa jugak mau baring-baring begitu?!!!Gatal!!!!” *Actually, bukan perkataan gatal yang dia guna, something yang lebih pedas daripada tu. Yang orang kampung kami seja paham perkataan tu. HAha*
Terus pecah ketawa ku. HAHAHAHA. Haih. Mood yang mendayu-dayu tadi terus hilang. Spoiler betul la abang satu ni.
Bahaya jugak tengok movie yang mana watak isteri dalam movie tu punyala baik hati, lemah lembut, penyabar..etc…etc.. Bukakan kasut suami yang sudah tertidur dengan penuh lemah lembut. Ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati suami sendiri kerana rasa tidak adil kenapa dia tidak di lakukan begitu. Tiba-tiba ada suara komplen lagi :
“kalau abang ni, sudah kena marah tidur awal di rumah.” HAHA.
Tapp!. Bunyi tamparan dari aku. Sapa suruh banyak komplen. Haha.
Kami meneruskan menonton movie ni dengan keadaan aman dan baik. Kadang-kadang aku sibuk mau explain pasal movie ni sama encik sebelah(Yalah, aku kan sudah baca novelnya). Tapi, balik-balik di suruh senyap. Baiklah.
Dekat-dekat ending movie ni, ada scene Mila(2nd wife) bertemu dengan Izah (1st wife),
Izah : Kita boleh hidup bersama kalau Mila redha, Islam kan menghalalkan poligami. – Encik sebelah cuit aku.Amboih!
Mila : Ikhlas? Cuba tanya dalam-dalam hati kau tu. Walau macam mana pun redha kau untuk suami, tapi, hati kau akan tetap sakit melihat suami kau dengan orang lain. Tu bukan redha, tu pasrah. Redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. – Tappp! aku tampar encik sebelah.Neeeee..
Movie ni berjaya buat aku sedih, tapi sebab takut encik sebelah nanti kutuk aku. Aku tahan seja perasaan tu. Besoknya, aku tengok lagi movie ni baru aku nangis sebab encik sebelah sudah pegi kerja. Tiada orang mau kutuk lagi. Haha. Adalah beberapa kali aku tengok movie ni, astro first kan ditayang 48jam for every purchased. Dan, beberapa kali jugak aku nangis. Okeh, boleh kutuk sekarang. hehe.
Apa yang aku sedihkan di movie ni bukan sebab cerita cintanya. Kalau compare cerita cinta dengan cerita action, aku pilih 3x cerita action. Aku nangis tengok Izah. Aku sedih tengok ketabahannya. Aku sedih tengok dia sentiasa berharap pada Allah. Masa Haris mau bersamanya (sebelum kawin) dia terus-terus ucap,
“lindungilah aku Ya Allah..”
Sebak aku tengok pengharapannya pada Allah. Allah itu dekat kan :) Aku berharap orang-orang yang senasib Izah, yang mau dijual begitu, dapat pertolongan Allah macam yang Izah dapat. Amin.
Aku sebak jugak tengok Izah di hospital. Berusaha apa yang mampu untuk suaminya. Bacakan yassin, solat hajat.
Aku sebak jugak tengok Izah di sejadah, solat berdoa. Dia tidaklah tidak terurus segala sebab masalahnya. Tapi, dia terus letak harapan yang tinggi sama Tuhannya.
Aku sebak jugak tengok dia tidak menyimpan apa-apa dendam, apa-apa sakit hati sama suaminya selepas apa yang terjadi. Dia boleh senyum, dengan maaf yang sudah lama dia buat, macam tulus jak aku tengok Izah ni.
Apa yang aku suka dengan movie ni :
1. Aku suka nama Izah :)
2. Aku suka muka Izah yang menangis dengan seadanya. Tidakla menangis kuat-kuat, menangis mengalirkan air mata tapi dalam masa yang sama masih boleh tersenyum. Macam tangisan Kajol ,(Apa kes pulak masuk cerita hindustan ni?), dia nangis muka masih steady, tapi airmata seja yang mengalir. Cantik!
3. Aku suka senyuman Izah seadanya. Tulus. Husbandnya yang bersalah datang meminta maaf, dia cuma senyum dengan membalas dia sudah lama maafkan. Ohh..perkara itu amat susah untuk dilakukan okeh.*tertakluk kepada jenis manusia juga*.Aku suka pandangan Izah sama husbandnya. Tulus. *Malar tulis tulus bah.Haha*
4. Aku suka muka Izah masa dia menjawab salam time ngajar budak-budak mengaji di surau. Scene dekat-dekat ending sudah. Mukanya tenang seja :)
Ahh.Aku ni, semuanyalah pasal Izah. Ya, aku memang mengkagumi Izah. Mudah-mudahan ada ramai Izah di dunia ni. Benda yang paling besar aku belajar di movie ni, IKHLAS dan TULUS. Bestnya kalau kita memiliki keduanya kan. :)
banyak² komen/review/or whatever you call it pasal Ombak Rindu (saya pun berkali² baca novel Ombak Rindu dulu, sampai lusuh bah buku tu), this review by you is the best i read so far.
ReplyDeleteThanks for highlighting 'parts' dalam Ombak Rindu yang sepatutnya kita ambik pengajaran..(bilalah mau tengok d Astro First ni haha)
thnx nonnny atika :-) eh, ko pun blogger juga ka? whts the address?, if not private la yaa..:-) tgokla d astro first ba. but still byk part yg di potong n d kasi singkat.mcm nda puas rasanya.ada rasa frust-frust sbb kita mo tgok part tu d lakonkan.heee. tp, movie 2 jm, apa sejala kn yg boleh muat..aku rasa tu yg terbaik sdah tu drg buat :-)
ReplyDeletethnx nonnny atika :-) eh, ko pun blogger juga ka? whts the address?, if not private la yaa..:-) tgokla d astro first ba. but still byk part yg di potong n d kasi singkat.mcm nda puas rasanya.ada rasa frust-frust sbb kita mo tgok part tu d lakonkan.heee. tp, movie 2 jm, apa sejala kn yg boleh muat..aku rasa tu yg terbaik sdah tu drg buat :-)
ReplyDelete