Semalam kami dapat bad news, pacikku jatuh dari tangga. Terkejut dengar. Sebelum ni dia memang selalu terjatuh. Maybe sebab joints nya sudah ndak kuat. Then, buat dia selalu terjatuh. Memang banyak sudah kesan luka di badannya tu. Pernah sekali, hidungnya merah sangat.. macam terkupas kulitnya. Dia cakap dia terjatuh. Dia pun ndak jelaskan dengan betul, dia cuma ketawa-ketawa sambil tunjuk tempat dia jatuh.
Sejak di akhir-akhir usianya ni, begitula sikapnya.. Dia ndak sudah ambil serius pada apa-apa pun. Sejak meninggal isterinya 2 tahun lalu, dia seolah-olah dia ndak ada jiwa untuk hidup. Ndak dia kisah sakit apa yang menimpa dia.. Ndak dia takut kalau ada banjir, maka semua orang sibuk selamatkan diri..huh.
2 hari sebelum pacik meninggal, dia bagi mak aku duit, dia suruh mintak mak aku buatkan doa selamat sebab dia pernah bernazar dulu. Tapi, dia belum buat. Then, dia cakap.. Tolong buatkan doa selamat ni sebab aku takut nanti aku mati aku ndak sempat buat.
1-2 minggu sebelum tu pun, kak ku ada mimpi.. Dia nampak pacikku pakai kopiah putih + kemeja putih tinggalkan kami. Dia lalu dekat tepi laut untuk pegi jumpa isterinya. Hem. Tanda-tanda kan.
akhirnya, semalam..selepas dia alami kecederaan teruk di kepala. Ada pendarahan di otak. From the scan, pendarahannya makin besar n worst .. Blood pressure pun terlalu rendah. Jantung pun bermasalah sudah. Doctor pun suruh keluarga berkumpul. Lastly, doctor cakap tiada harapan sudah. Selepas sejam begitu, dapat news from doctor. Pakcik suda ndak ada.. :'(
Pacik..semoga Allah merahmati roh mu.. Semoga aman pacik di sana. Amin.
0 comments:
Post a Comment