Saturday, February 12, 2011

Si Anak Kecil


My daughter Alya sudah pun Setahun 3 bulan. :D

Alhamdulillah..aku sudah jaga dia sejauh ni. Macam baru jak bersalin kan dia, sekarang sudah lari-lari. Sekalinya, mau besalin plak lagi April ni. Haha.

Alya sekarang sudah banyak pandai. Ngam jugak la sama peringkat umurnya.
Antara yang dia pandai sudah :
1. Bila Abah sudah tuck in baju, ambil walkie-talkie (abah bawak walkie talkie pegi keja) terus Alya angkat tangan n cakap "bye!".. hehe. Lucu jugak menengoknya, ndak lagi waving macam dia kecil-kecil dulu, terus seja angkat tangan + bye! then buat keja lain. Sama jugak kalau kita lepas mintak salam. Lepas jak cium tangan, terusla.. 'bye!".

2. Dia sudah tau nenek, mama, abah, acik (pacik + macik), adik, kakak, jom, cak=cicak,

3. Sudah pandai mintak apa2. cth : Mamam, Num, dak-dak(sambil buat gaya cuci tangan means mau cuci tangan), letakkan tangan kita di mouse means dia mau suruh kita do somethng dgn laptop..tukar video or dll. Banyak lagi, malas mo type.kiki.

4. Bila mama cakap, "Mama mau solat dulu.." Dia terus lari ke bilik, ambilkan telekung+sejadah then letak di tempat yang aku solat.

5. Lepas Mama solat, dia akan bagi Al-Quran untuk di baca. Kdg2, kalau aku ndak mau baca sebab ada hal kena buat. Dia nangis.

6. Dengar apa-apa yang relate dengan keagamaan cth : zikir, dia automatik cakap "Awwabaa.." then sujud. Tapi, skng..bukan lagi "Awwaba..", dia sebut "Awwaaaaababam" . Dengan intonasi yang betul. Aku pikir kenapa dia tukar, then aku find out..maybe sebab intonasi 'awwabaa' susah mau d intonasikan..sbb ada 3 bunyi jak yang keluar, iaitu a-wa-ba... Kalau a-waaa-ba-bam, ada 4 bunyi..so sesuailah dengan intonasi Allah-hu-ak-bar.. Aku rasa la..hehe
Lepas solat plak, dia akan angkatkan sejadah yang aku sudah pakai untuk gantung di towel rack.

7. Sudah tau camana camera, handphone, laptop, tv..semua la alat elektronik berfungsi. Kalau dia main handphone, bila dia ter'call' orang..dia dengan cepat n panik bagi handphone dengan kita sambil cakap.. "mama..mama...na..na..na..." Suara panik ok. Aku hairan camana dia tau dia ter'call' orang. Sedangkan suara orang tu belum keluar, cuma di skrin tertulis..
'Calling xx...'
Dia akan bagi hp dengan kita kalau dia ndak boleh unlock, masuk dalam mana2 application then dia xboleh keluar sudah. Tapi, kalau ter'call' orang seja dia akan panik. Hmm, kenapa ya. Apa yang buat dia tau yang tercalling orang tu kena cepat-cepat di off?

8. Kadang-kadang aku terfikir, camana budak kecil begini boleh bezakan makanan dengan bukan ya. Kalau terang-terang yang dalam pinggan, atau dalam bungkusan macam roti. keropok tu ndak hairan.. Kalau macam buah rambutan, langsat.. Dia sebut jugak mamam..mamam.. Padahal tu first time dia tengok buah-buah begitu. Camana dia tau tu benda berambut boleh di makan. Hehee..

9. Kalau time mandi, masa aku pakaikan sabun sudah, dia nangis.. Sebab dia tau lepas bersihkan sabun, habis sudah time mandi. Dia suka mandi. Main-main air..mau pegang shower sendiri.

10. Dia sudah pandai tarik kerusinya untuk makan time. Ndak payah di suruh. Kalau makanan sudah prepare atas meja. Nanti dia pegi tarik kerusinya ke meja makan.

11. Dia addicted sama laptop. Pantang kita lalu/duduk dekat meja laptop. Maka dia nangis sungguh-sungguh sampai hajatnya tercapai. Kadang-kadang dia mintak sendiri kalau ndak ada orang yang buka laptop. Selalunya, bangun pagi/petang terus mau main laptop. Kadang-kadang aku pening dengan requestnya ni. Sebab dia balik-balik mintak tukar video. Belum lagi habis lagu tu, sudah suruh tukar. Dia akan letak tangan kita di mouse supaya kita tukarkan video tu. Haih~~.


Penatla cerita pasal perkembangan Alya ni. Sampai sini jak la. Dari apa yang aku nampak from Alya. Budak kecil begini actually ada banyak sangat potensi untuk di ajar. Macam-macam benda boleh kita ajar. Betul la orang cakap, Anak yang terbentuk tu semuanya datang dari rumah. Macamana kita didik dia membesar. Apa yang kita buat, semua dia tiru nya.. As parents, kita la role model nya. Sekarang aku sedar, besarkan anak ni bukannya senang. Bukannya gembira-gembira seja tengok perangainya comel. Tapi, terlalu banyak perkara perlu di ambil kira. Cth : Jangan tinggikan suara di rumah unless buat jokes.. Nanti dia pun akan tinggi suara dengan kita.
Membesarkan dia bukan mendidik dia seja...Tapi, mendidik diri kita juga..



Semoga la kita semua boleh menjadi ibu bapa yang terbaik untuk permata hati kita... Amin.

1 comment:

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design