Sebelum start entry ni. I proudly announce :
"I support breastfeeding..yeaahh!!"
hehehe.
BF short form to breastfeeding adalah suatu yang agak susah dilaksanakan oleh ibu-ibu masa sekarang ni. Sebab banyak faktor contohnya bekerja, stres, tidak cukup masa, kekurangan susu, dll. Sebab tu la banyak kumpulan sokongan fully breastfeeding diwujudkan. Contohnya : Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) dan www.susuibu.com.
Aku pun mengaku jugak, menyusukan anak ni memang mencabar jugak. Lagi-lagi la di awal kelahiran Eizz. Mana tidaknya, awal-awal tu sakit.. Rasa macam kena stapler ja rasa everytime baby menyusu. Hehe.
Masa awal-awal dulu, kalau baby mau susu ja.. Aku sudah gigit bibir and pegang apa-apa ja dengan kuat sambil kening bekerut. Sebagai persediaan menghadapi rasa sakit tu. Ekekeke. Kadang-kadang nipple luka berdarah. Macam-macam la. Sadis bunyinya. HAHA.
Tiap kali aku pump susu pulak, mesti aku pening. Sebab kerap tunduk ke bawah untuk tengok susu yang di pam. Then, rasa penat sangat. Aduhai.
Sudahla penat dan pening, air susu yang dapat pulak sedikit. Kalau menyusukan pulak, kadang-kadang mau setengah jam baru baby mau berhenti. Jumpa lagi baby yang kuat susu. Sakit belakang pun ada jugak.
Breastfeeding jugak kena jaga makan. Tapi, benda ni depend on baby jugak. Ada mother yang makan apa-apa pun baby tetap maintain okey. Ada yang makan kangkung, terus cirit birit. So, kenala pantang sikit-sikit.
Kadang-kadang baby yang sudah biasa bf sama mamanya, tidak mau la pulak susu botol lagi. Even isi botol tu susu ibunya. Cabaran lagi mau susukan anak di public. Kena lagi pusing keliling cari baby room untuk susukan anak.
Kan senang pegi ambil botol susu, tuang 2 sudu susu, masukkan air panas dan air suam. Susukan baby sampai kenyang. Dan baby pun sudah senyum-senyum dan gembira kekenyangan. Siap!. Tiada lagi rasa sakit segala. Mana tidak mau rasa give up kalau begitu kan sebab ada jalan yang lebih mudah.
Tapi, berkat semangat dan sabar mau susukan anak dan mau jimat jugak, aku berjaya sampai di tahap 2 bulan setengah setakat ini. Ceh!Bunyi macam sudah 2 tahun kan. Hmm, mudah-mudahan aku dapat susukan Eizz sampai 2 tahun dan exclusive breastfeeding sampai 6 bulan. Amin.
Exclusive breastfeeding = Menyusukan anak dengan hanya susu ibu sepenuhnya tanpa campurkan dengan apa-apa jenis pemakanan yang lain.
Helo helo siapa di dalam.? Eh eh, kaki siapa tu? Geramla tengok kaki bulat tu. :D
Sekarang, aku sudah konfiden bf di public even without husband. Tapi, tempatnya bukanla di tempat ramai orang. Macam gambar di atas ni, di KFC di tempat yang paling belakang. hehe. Bf sendiri while husband di kaunter KFC. Eh, bangga sendiri. (^.^)
Ops! Jangan tanya pasal bf kan si Alya. Sebab aku sesungguhnya gagal susukan dia. Huhu. Punca sebenar sudah dikenalpasti iaitu kurang pengetahuan dan pengalaman. hehe.
Tidak apalah. Belajar dari kesilapan kan. :D
Aku yakin, makin hari makin ramai mother yang mampu bagi susu ibu sama anak-anak mereka due to makin banyak kumpulan sokongan susu ibu sekarang ni.
Happy breastfeeding!
*Husband kursus for 3 days. Alya keep asking abah. Abah, cepat balik... :)
before bercinte, Bf=best fiend
ReplyDeletemasa bercinte, Bf=boyfriend
dah ade anak, Bf=breast feed..
hahah..jauh dah jadinye..aku suke kain tuh..tuh leh wat dukung baby gak kan?
hahaha.btul3.. lain zaman lain maksud bf..hehehe..
ReplyDeletekain tu xboleh dukung baby.. ada jugak rasanya nursing cover boleh buat dukung baby skali..