Saturday, July 23, 2011

Resipi Roti Inti Buttermilk

After 3 hari husband pergi kursus, malam ni dia sudah pulang. *Huge Relief *

Susah ba tiada husband di sisi. Cewah. Susah sebab tidak menang tangan kadang-kadang menjaga my two babies ni..hehe.
Gembiranya husband sudah pulang dengan selamat, sedangkan ramai lagi pasangan yang lain terpisah setelah insiden di jalan raya. Naudzubillah. Mudah-mudahan di p
anjangkan umur boleh hidup bersama sampai ke tua. Macam lagu sheila on 7 :

"genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
kita lawan bersama dingin dan panas dunia
saat kaki tlah lemah kita saling menopang
hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
sampai jumpa di kehidupan yang lain
"

Syoknya lagu ni. Aku ni peminat so7. Hheee.

Tadi petang aku buat roti untuk minum :D. Lama betul sudah tidak buat roti. Nasib masih ingat camana buat. Ekeke.



Resipi roti inti buttermilk.
Sumber roti ni from Ixora II, tapi aku sudah ubahsuai sikit. :D
  • 200g tepung high protein
  • 35g gula halus
  • 1 1/2 sb susu tepung
  • secubit st garam
  • 1 sk bread improver
  • 1 sk bread softener
  • 5g yis
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sb butter
  • 60-80ml air
  • 1 sk gluten/ wheat gluten ...

Untuk Inti :
  • 40g butter
  • 40g icing *aku pakai gula halus ja 30g*
  • 40g susu
  • 40g tepung rendah protein *aku pakai tepung gandum ja*

Step by Step :

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bread maker/ mangkuk kecuali air.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sesuai.
3.Uli sehingga licin. Anggaran 20-30 minit. Kalau guna breadmaker, terus set dough.
4.Bahagikan inti kepada 9.
5.Masukkan inti ke dalam dough yang telah dibahagikan tadi. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
6.Tutup loyang dengan kain lembap/ apa2 pun boleh asalkan udara tidak masuk. Tunggu hingga dough naik 2 kali ganda ataupun sejam.
7.Bakar dough ke dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 170c.
8.Bila roti ada 3 minit lagi untuk siap dibakar, sapu permukaan dengan butter.
9.Siap. :D


Oven yang banyak berjasa *Hug*


Dough yang sudah menggemuk (after simpan for 1 hour). patutnya buat 9, tapi terbuat 8. hehe.


Simpan selebihnya di dalam bekas kedap udara okeh. Kalau letak tanpa bertutup, nanti roti akan keras. Rugi oo.. :D


Yang ni pulak bagi auntie Si Yaya bawak balik. Thanx Kak As banyak tolong jaga Eizz n Alya :D

Jimat ba buat roti sendiri. Aku kira-kira kosnya mungkin dalam +-RM2 untuk roti ni. Kalau beli ni dalam harga +-5 ringgit jugak. Wah, cut cost sampai 50%. Hooray!
I am a type of wife yang merasakan sungguh bahagia bila aku boleh cut cost utk kualiti yang lebih kurang (dalam erti kata lain, roti saya bermutu...hihi). Ini bahagia memang betul-betul punya gembira. Rasa bangga jugeee..hehe.

Nah, Eizz sudah merengek-rengek mau dimanjakan aka mau 'bergayut' sama mamanya sampai ketiduran nyenyak. Ini memang tabiat bujangan saya. (^.^)
Daaa...

p/s : Bila ba mesin jahitku mau sampai ni.


5 comments:

  1. pandainyeee....mau blajar juga la...huhu

    ReplyDelete
  2. Wah aku mau jugak ba tapi macam mana mau buat inti nya? Tidak ada step ba. :)

    ReplyDelete
  3. Intinya ialah butter, susu tepung, gula. Kasi sama kuantitinya setiap satu. Then, putar sampai teksturnya cantekkk :)

    ReplyDelete

Labels

cerita (42) Estate Life (4) event (5) family (13) Healthy (2) ilovegardening (4) mau (4) motivasi (12) mykids (23) None (2) parenting (6) pregnancy (6) product review (2) resipi (7) review (4) sahabat (2) sewing (13) tentangkita (6) wishlist (2)
 

A D.I.Y. Blogger Template by Sommerfugl Design